}catch (ex){}

Tips Penjagaan Kain Cotton

Tips Penjagaan Kain Cotton

Ramai orang pandai cara beli kain dan bijak pilih kain berkualiti. Namun, sangat sedikit yang tahu cara penjagaan kain sebenar agar tak mudah rosak. Disini kami akan kongsikan kepada anda 3 tip penjagaan kain Cotton yang betul supaya tahan lebih lama.

1. Basuh

Langkah terawal yang perlu anda lakukan kepada kain Cotton yang baru dibeli ialah basuh dulu. Sebaiknya menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama, sebaiknya asingkan fabrik Cotton daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal. Ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, pewarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.

Cucian ini juga bertujuan menyingkirkan kanji pada kain. Anda boleh menggunakan apa jua jenis sabun serbuk ataupun cecair. Tetapi elakkan daripada menggunakan detergen yang mempunyai bahan peluntur.

Biasanya, kain Cotton yang dibasuh pada kali pertama akan mengecut (shrink) sedikit. Bagi mengekalkan saiz fabrik, anda digalakkan untuk cuci menggunakan air bersuhu sejuk atau biasa.

2. Rendam

Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar gentian tekstil Cotton dengan bahan pelembut fabrik macam Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas.

Penggunaan bahan pelembut fabrik juga membantu mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.

3. Jemur

Sebelum sidai, kibas dahulu kain Cotton agar teksturnya tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain Cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Jangan  lupa untuk sepitkan  setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin.

Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.

 

There are no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart